Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 24 Januari 2011

Susah sangat ke nak cari rezeki halal


kesian juga member ku yg seorang ini. Hidup susah ambil upah tabur baja taik ayam di ladang sawit milik pengusaha cina. Satu kampit dibayar hanya 20 sen. Aku amat simpati,nak bagi duit setiap hari rasanya tak wajar kut... kerana setiap manusia ini perlu belajar berusaha sedikit untuk hidup bukannya meminta-minta.

Aku belikan bot berinjin, siap pukat belanak, ditambah lagi dengan tangkul ketam. Gunakan
lah bot ini untuk ke laut cari rezeki untuk menampung keluarga. Dapat hasil ambillah semua... nak jual nak makan aku tak kesah, cuma jaga bot dan injin baik-baik sekali sekala aku nak turun memancing. Kos semua dalam 6 ribu ringgit, tak kisahlah sebab nak tolong kawan

Sebenarnya aku dah biasa dengan kehidupan nelayan, ketam nipah sekilo sahaja boleh dijual 12 ringgit, siput belitung sekilo 4 ringgit, ikan belanak sekilo 6 ringgit, kalau rajin memang lumayan dan boleh hidup senang.

Hampa juga bila tengok tak sampai 3 bulan sampan dah mula terbiar. Pelampung tangkul ketam habis pecah digigit monyet. Tup...tup..dengar cerita sahabatku ini jual ular sawa kerana ia lebih menguntungkan. Apa sudah jadi...

Dalam Islam perniagaan menjual ular sawa hukumnya haram. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab saudi menyebut sebarang perniagaan binatang yang haram di makan adalah haram seperti ular dan keluang [al-Lajnah al-Daaemah (13/49), Fatwa bernombor : 12087]. .

1 ulasan:

  1. kalaulah saya di tempat sahabat tuan...
    allahu...rezki yg sudah tentu halal hasil keringat sendiri.
    bukan atas makan gaji. Bersyukur sujud pada mu allah.

    BalasPadam