Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 8 Januari 2011

Alangkah Seronoknya Jadi Guru kalau...

Alangkah seronoknya jadi guru kalau guru hanya ditugaskan untuk mengajar sepenuhnya dan tidak menjalankan kerja-kerja pengkeranian.
Bayangkan guru terpaksa ambil kedatangan murid (dah 5 minit masa terbuang setiap hari) lepas tu kutip yuran, isi kad 001,kad kemajuan,RMT,laporan guru bertugas,laporan ko-kurikulum, siapkan dokumen panitia,siapkan minit mesyuarat PIBG , agihkan buku teks sekolah belum lagi borang dari PPD atau JPN yang mesti di hantar segera

Kebanyakkan negara luar yang saya tahu, tugas pengkeranian dilakukan oleh pejabat sekolah. Mereka mempunyai kakitangan pejabat yang ramai. Ada kerani yang kutip yuran pelajar.Ada kerani yang ambil kehadiran murid di sekolah dan ada kerani yang bertugas mengagih-agihkan buku teks. Guru hanya masuk ke kelas dan terus memulakan sessi pengajaran dan pembelajaran tak payar fikir banyak-banyak hal-hal yang tak berkaitan dengan P & P dan...tak pening kepala lagi nak peringat murid tiap hari untuk bayar yuran. Bahkan yang saya tahu ada guru yang terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk jelaskan yuran murid yang bapanya liat nak bayar yuran.

Tugas guru lebih tertumpu untu mengajar, mendidik anak muridnya menjadi insan berguna. Guru mana yang tak mahu anak muridnya berjaya. Namun kesempatan mendidik anak murid sering terbatas dengan bebanan tugas yang banyak.

Pelajar perlu bimbingan,tunjuk ajar,kasih sayang dari guru. Pelajar banyak masa dengan guru,jadi guru boleh menjadi agen perubah kelakuan sikap dan pemikiran pelajar ke arah yang positif. Murid yang sering terabai dan terbiar mudah melakukan gejala negetif seperti melanggar disiplin sekolah gangsterizm,vandalizm ponteng dan sebagainya

Lalu saya sering bertanya apabila memberikan ceramah motivasi pada para pelajar mengenai kerjaya di masa depan. Guru bukan kerjaya pilihan kerana bagi mereka kerja guru amat membosankan...betulkah begitu.?

Lalu saya bertanya pula pada rakan-rakan guru, spontan mereka menjawap, "kami menyesal sain pencen 58 tahun kalau boleh nak pencen lebih awal...tak tahan dah...."

Pandangan ini adalah pandangan peribadi saya, setuju tak setuju terpulang kat hangpa semua masing-masing ada akai citarasa dan perspektif...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan