
Pertama : Wajib menuntut ilmu makrifah - iaitu ilmu aqidah yang soheh, bagi mengenal Allah Rasulnya,kitabnya serta segala perkara yang ghaib seperti kehidupan di Hari Akhirat.
Keduanya : Ilmu syariat yang mengkhususkan dalam bab halal haram dalam perkara ibadah, muamalah ,munakahat dan Jinayat. Contoh Allah tak terima solat tanpa sempurna wuduk. Allah mencela orang yg berjual beli dengan riba, dan mensyariatkan hukum jinayat seperti hudud ,qisas dan taazir.
Ketiganya : Ilmu tasauf : Iaitu ilmu yg berkaitan dgn ibadah bathin seperti ikhlas, tawaduk,tawakal, redha dan sebagainya.
Ketiga-tiga ilmu ini sangat penting dan merupakan asas dalam beragama, untuk lebih jelas lagi kita perlu banyak merujuk kitab-kitab yg muktabar dan berguru dengan guru-guru yg mursyid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan