Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 24 Januari 2011

Hukum bina rumah dengan duit jual perumpun


Rasanya mungkin ada yang tak kenal apa itu perumpun. Ia adalah sejenis cacing bakau yang mendiami tanah selut dan dijadikan sebagai umpan bagi kaki pancing. Sekarang ini permintaan untuk mendapatkan umpan perumpun sangat tinggi dan harganya pun meningkat satu pek yang mengandungi 10 ekor boleh mencecah harga 10 ringgit.

Tak heran bila ada pengusaha perumpun boleh mendapat keuntungan 300 ke 400 ringgit sehari. Saya difahamkan ada yang boleh membina rumah besar dengan duit perumpun. baru-baru ini dalam satu ceramah agama di radio Perak Fm seorang ustaz menghukumkan haram memakan duit dari jualan perumpun kerana perumpun sejenis binatang yang haram dimakan.

Kelam kabut juga jadinya bila banyak orang bertanya pada saya sama ada secara direct atau melalui phone. "Macam mana ni ustaz sumber rezki saya dengan mencari perumpun tiba-tiba kata haram selama ini saya makan dan anak isteri saya makan dari sumber yang haram.

Saya tanya balik "Haram kah kita makan taik ayam?" Tentulah haram tetapi kenapa ada orang Islam jual baja taik ayam untuk baja sawit tak ada ulama yang menyatakan haram.Secara jelas menjual baja taik ayam atau taik kambing untuk baja pokok hukumnya harus"

Haramkah kita makan lintah (memang haram) tetapi ada pengusaha lintah menjual minyak lintah untuk ubat,maka hukumnya jadi harus. Ini bermakna sesuatu benda yang haram di makan oleh orang Islam kemudian kita jual untuk makanan orang yg bukan Islam hukumnya adalah haram. Ini jelas.

Tetapi dalam bab jual perumpun ianya bukan utk dimakan tetapi untuk makanan ikan maka hukumnya adalah harus dan tidak menjadi kesalahan menggunakan hasil jualannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan