Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 22 Januari 2011

Apabila Hijab Hati Sudah Terbuka,,,,

Balik dari pasar, alhamdulillah aku dikunjungi oleh seorang tetamu. Rancak sungguh bercerita sehingga tak dak ruang nak mencelah. Akhirnya aku menjadi pendengar setia dan sekali-sekala mengiakan apa yg diperkatakan.

"Ustaz... saya ni dulu penentang Islam tegar. Dalam fikiran saya pengajian di masjid surau lebih kepada mengata orang. ini tak betul...itu tak betul lah..." ujarnya. "Saya pergi ke Kelantan makan di tempat terbuka berhampiran masjid bila masuk waktu solat di suruh berhenti untuk menghormati azan dan solat. Ketika itu hati saya sangat bengang" Aku hanya tersenyum mendengar celotehnya.

"Kini saya dah mula faham. kenapa ustaz-ustaz bila baca Quran hadis kaitkan dengan isu semasa dalam kuliah. Hati saya mula terbuka nak mendalami ajaran Islam. Islam bukan jumud. Islam sesuai dgn peredaran zaman. Rupanya bila kita istiqamah dengan pengajian Allah singkap segala hijab yg menutup pintu hati kita selama ini."

"Saya juga faham kenapa puak-puak sekular amat gusar bila masjid surau di imarahkan dengan pengajian. Depa tuu suka orang jahil agama supaya mudah jadi pekakas mereka. Saya dengar ada ura-ura supaya ustaz yg mengajar di masjid mesti ada tauliah dan di temuduga oleh mufti. Sayalah orang yang kuat menentang. Pasai apa...ustaz yg dok ada tauliah mana pergi. Pasai apa depa mengajar orang tak mau dengar. ... Mulut mereka terkunci nak cakap lebih-lebih nanti kena tarik tauliah."

Saya seolah-olah jadi anak murid pulak khusyuk dengar kuliah dari tetamu ini. "Alhamdulillah ustaz, jiwa saya jadi makin tenang bila kita dekati Islam, walaupun orang kata amalan ini sunat tetapi saya telah wajibkan pada diri saya...saya tak tinggal solat sunat witir di waktu malam dan diwaktu siang pula saya tak tinggal solat dhuha setiap hari."

Aku sua air kopi tropedo untuk hilangkan haus ditekaknya...hampir 1 jam jugak aku setia mendengar luahan hatinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan