Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 16 Januari 2011

Apa kejadahnya......???

Hari ini dalam proses untuk buat Visa ke Beijing. Ketika aku menuju ke kedai gambar di seberang jalan aku telah dihampiri oleh seorang wanita dalam usia 30han. Kejadian ini berlaku di Bandar Taiping bersebelahan Pejabat Tabung Haji.

Tersirap juga darahku bila wanita bertudung kecil itu berkali-kali memanggil 'bang...bang tunggu sekejap..." Aku buat dek je.... dalam hati ku berkata mungkin dia panggil orang lain kut. Yang peliknya dia terus menuju ke arahku " Abang ...tunggulah sekejap nak tanya ni.. ?"Dia terus mengekori aku. Apa kejadahnya wanita ini panggil aku abang dia tak kenal ke aku ni ustaz, Siap dgn ketayap atas kepala... Panggil la tuan haji ke...pak lebai ke.

Zaujahku dibelakang nampak terpinga-pinga, hairan + terkezut tak taulah apa yang berlegar dalam fikirannya wallahuaklam.

Bila aku berhenti, confirm dia memang nak tanya aku, dan aku tanya balik "Apa hal??" 'bang...bang...abang tau tak mana kedai nombur ekor??"Masyaallah berdesing telinga ku rupanya minah sekor ni kaki ekor rupanya. Aku pandang wajahnya hee.. ringan je mulut nak cakap macam-macam tapi kerana aku nak cepat aku jawab mudah " tak tahu."

Perempuan sudah hilang malunya. Dosa maksiat dan mungkar menjadi perkara biasa. Sistem warisan penjajah telah mengajar kita melupai ajaran Islam yang sebenar. Kalau sekiranya sistem warisan penjajah ini terus dipertahankan maknanya kita redho dengan maksiat dan munkar yang berleluasa sekarang. Kaedah usul fiqh menyebut "Redho bil kufrin..kufrun..Redho bil maksiyatin...maksiatun. Kamu redho dengan benda yang kufur maka kamu akan jadi kufur dan...pabila kamu redho dengan benda yang maksiat kamu juga tergolong sebagai ahli maksiat.
Justeru tegakkanlah sistem islam yang syumul, nescaya gejala seperti ini akan dapat dibendung dan di atasi...Insyaalllah .

1 ulasan: