Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 13 Januari 2011

Hargailah Nikmat Sihat...

2 hari lepas aku keracunan makanan. Malam tak boleh nak lelap. sekejap-sekejap ke bilik air agak-agak dekat 20 kali kut. Akhirnya aku muntah sekitar jam 3.30 pagi. Habis makanan dalam perut terkeluar ,punyalah sakit dada, badanpun seram sejuk.

Semalaman tak boleh tidur walaupun sepicing. Dada jadi sendat. Bila nak lelapkan mata tiba-tiba rasa macam tak boleh bernafas, fikiran ingat...nak mati ke aku ni..Nak tenangkan hati banyak baca ayat Quran dan berdoa banyak-banyak. Teringat sepupu yang baru kahwin mati ketika tidur. Tak sedar berdebar jugak jantungku

Kerana tak tidur semalaman aku diserang selsema batuk dan demam panas. Pergi farmasi beli ubat dan hari ini alhamdulillah rasa legalah sikit. Bila badan lemah apa kerjapun jadi malas. Nak tulis blog pun rasa tak ada semangat, fikiran rasa kosong je.. Entahlah ini baru ujian Allah yang sedikit kadangkala kita cepat mengeluh.

Namun.... aku terfikir orang yang selalu sakit ia akan menghargai nikmat sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan