Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 14 Januari 2011

kaki Tipu Sudah Pergi...

Hari ini sabtu 15 januari solat subuh dan kuliah subuh di masjid di tempat saya tinggal. Selepas kuliah subuh saya dijamu sarapan pagi yang disediakan oleh jawatankuasa masjid.

Sambil-sambil tu dapatlah mendengar beberapa cerita menarik yang disampaikan oleh ahli jemaah masjid. Seorang ustaz yang duduk berhampiran dengan saya membuka cerita bahawa pagi ini ada kematian seorang penduduk taman tak jauh dari rumah saya. Beliau menegaskan dia ni kaki tipu...

Terkedu jugak saya dibuatnya, orang dah mati disebut keburukannya oleh seorang Ustaz yang juga Imam masjid. Pelik jugak dan bila saya tengok ada jamaah gelak dan tersenyum.

ustaz jangan salah faham sebenarnya simati ini pakai kaki palsu sebab itu orang panggil dia kaki tipu bukannya dia tu penipu.

Ohhh barulah saya faham nasib baik saya tak tecekik pulut udang. Pagi-pagi lagi dah terkena..geram punya pasal saya balaih lagi seketul pulut udang..he..he..he

Tiada ulasan:

Catat Ulasan