Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 9 Februari 2011

Ayam Oh Ayam...


Banyak juga sahabat bertanya mengenai keraguan memakan ayam yang dijual di pasar kerana ada yang mengatakan ayam itu telah disuntik dengan vaksin babi. Sukar juga saya nak menjawapnya kerana bagi saya kita tidak pernah melihat dengan mata kita sendiri melainkan kita dengar dari mulut ke mulut. Sekiranya kita sendiri melihatnya maka haramlah kita membeli ayam tersebut.

Saya melihat dari banyak sudut. Kadangkala ahli keluarga kita buat majlis kenduri kahwin atau kenduri aruah tak kan kita tak datang dengan alasan tak makan ayam kerana diyakini ada virus babi. bagaimana pula hubungan kita dengan masyarakat jika inilah prinsip kita tanpa kita sendiri menyelidiki perkara yang sebenarnya.

Sebab itu dalam ajaran Islam dia ada satu kaedah yang dinamakan "Al-Istihalah dan Al-Istihlak"

Proses al-Istihalah ialah proses yang menyebabkan sesuatu ain bahan tersebut berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain dan bahan tersebut masih lagi wujud.Cuma berlaku proses perubahan bentuk sahaja.Apabila ini berlaku maka hukum terhadap sesuatu bahan itu juga akan berubah daripada haram atau najis kepada halal atau bersih.Begitu juga daripada halal atau bersih berubah hukumnya kepada haram atau najis.

Seperti contoh :

1.Hukum asalnya najis tetapi berubah menjadi bersih dan halal spt contoh najis / tahi ayam , lembu , kambing dan sebagainya ,apabila diproses ia akan berubah menjadi baja yang diigunakan untuk tanaman.Maka dalam hal ini tahi binatang tersebut yang asalnya najis yang tidak boleh dimanfaatkan telah pun bertukar hukumnya boleh dimanfaatkan setelah melalui proses al-Istihalah.

2. Hukum asal halal atau bersih bertukar kepada najis atau kotor : Makanan yang masuk dalam perut kita setelah diproses iaitu melalui proses al-Istihalah , maka ianya akan berubah kepada najis dan kotor iaitu berubah kepada tahi atau muntah.
Maka hukumnya berubah jadi haram iaitu haram memakan muntah air kencing dan seumpamanya.


Manakala proses al-Istihlak ialah proses dimana , zat atau ain bahan tersebut telah musnah dan hilang sama sekali dari sudut bau , warna dan rasanya.Ini bermakna apabila bahan najis atau haram tadi disuntik atau dicampurkan pada ayam tersebut , sekiranya selepas daripada beberapa hari atau ketika , bahan tersebut telah pun ternyah atau hilang dengan sendirinya dari sudut baunya warnanya dan rasanya sudah tidak ada lagi pada jasad ayam tersebut, maka ayam tadi boleh dan halal dimakan.

Ini berbeza dengan kes sosej yang dibuat daripada usus babi pada suatu ketika dahulu.Ini kerana dalam kes seperti itu memang jelas pada kita bahawa zat atau ain bahan tersebut memang ada dan ianya tidak akan hilang.Maka bahan tersebut tetap dihukumkan haram.


Secara kesimpulannya , pada saya ianya terpulang pada individu tersebut. Saudara boleh menggunakan kaedah al-Jalalah sekiranya saudara masih tidak yakin kebersihan dan keharusan memakan ayam tersebut pada ketika saudara membelinya semasa ayam itu masih hidup.

Manakala saudara juga boleh membeli ayam yang sudah disembelih yang dijual dipasar-pasar dengan menyakini bahawa ayam tersebut halal dimakan setelah melalui 2 proses di atas (Al-Istihalah dan Al—Istihlak )

Namun begitu jika masih rasa ragu-ragu sebaiknya tak usah dibeli dan sebaik-baiknya kalau ada tempat kita boleh ternak sendiri untuk makanan memang terjamin kebersihannya dan kehalalannya. Ini bersandarkan kpd sabda Rasulullah saw
“Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu” ( HR Tirmizi no: 2520 ) [Sahih, al-Albani, sahih atTermizi] thtl

Tiada ulasan:

Catat Ulasan