Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 20 Februari 2011

Hantu pun boleh dijual ke??

Dalam melayari internet tak semena-mena aku temui satu tajuk yang agak sensasi...'Kenapa Jakim tak pantau dan ambil tindakkan pada blog ini? Lalu aku klik blog tersebut (maaf terlupa nama blog tersebut) Lalu keluarlah tajuk beli khadam dan pelbagai spesis hantu yang nak dijual siap dengan jampi menteranya sekali dan cara untuk menggunakannya.

Hantu (khadam) yang nak dijual itu pulak ada dia punya kelas masing-masing. Yang kuat harganya mahal sikit. Lucu jugak. Aku rasa ini satu kerja syirik untuk sesatkan akidah umat Islam. Memang bahaya blog ini kerana bila aku amati ada juga unsur-unsur ayat Al-Quran yang diguna pakai yang bercampur aduk dengan mentera sesat. Kalau berhajat buat pembayaran dulu kemudian barulah kaedah terakhir yakni anak kunci untuk gunakan khidmat khadam ini di beritahu oleh pemilik blog sesat ini.

Sebagai ustaz aku rasa perlu buat sedikit ulasan untuk selamatkan akidah umat Islam terutama mereka yg melayari blog serta folower ku lalu aku cuba copy paste satu tajuk mengenai Jenglot sebagai bahan bukti kemudian aku akan kupas menurut perspektif Islam. Terkejut juga secara tiba-tiba lepas copy paste tak semena-mena blog aku tak berfungsi langsung meskipun line internet ada. Macam-macam cara dibuat tak boleh jugak. Aku bawak ke kedai komputer untuk chek...kut-kut ada masaalah sistem. Cina komputer bila bukak tak dak masaalah pulak ok je..tapi bila balik rumah jadi balik internet tak boleh bukak sedangkan komputer lain boleh. pelik jugak dibuatnya...hu...hu...hu

Tak kan hantu pandai IT kut hingga sistem komputer aku pun dia kacau. Memang aku tak percaya pun. Lalu aku mintak bantuan Pusat Internet dengan menelefon mereka, kemudian mereka bagi tahu kaedah dan cara yg perlu aku buat untuk pulihkan kembali sistem ...akhirnya komputer aku ok balik.

Masaalah baru pulak timbul,tiap kali aku nak tulis blog atau tengok blog mata jadi cepat mengantuk. bahan ada untuk ditulis tapi mata pulak buat ragam..kira nak memproses taik mata je..he...he ..Tu la sebab bahan baru untuk blog aku makin kurang. Mungkin aku letih sangat kut..tiap-tiap hari ceramah Maulidul Rasul otak kerja keras badan letih sebab itu cepat mengantuk.

Tak taulah iblis syaitan ini boleh masuk dalan aliran darah kita, mungkin jugak dia tahu apa yg tersirat dalam hati kita...
wallahuaklam... aku nak tidur dah...mengantuk sangat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan