Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 23 Februari 2011

Gemok gedempol - Kisah seorang Raja

Ada seorang raja yang mengalami masalah badan yang terlalu gemuk. Oleh kerana saiz badannya begitu, dia mendapat banyak penyakit.

Hampir semua doktor dan bomoh di seluruh negeri jajahannya telah di panggil untuk mengubati penyakit Raja. Tapi, penyakit itu tak sembuh-sembuh juga.

Cuma tinggal seorang bomoh yang belum di panggil, itupun kerana dia dikenali dengan berfikiran berbeza dan kadang-kadang tidak logik. Tapi, oleh kerana tidak ada pilihan lain lagi, maka di panggillah bomoh yang dianggap setengah gila ini.


Maka datanglah bomoh itu kepada Raja. Bomoh tersebut masuk dan memeriksa tapak tangan Raja tersebut, tiba-tiba dia berlari keluar dari bilik raja dengan wajah ketakutan. Maka, dia di kejar oleh pengawal istana, dan ditanya tentang penyakit Raja. Tapi, bomoh setengah gila ini tak mahu menjawabnya, meskipun telah dipujuk berkali-kali.

Setelah ia diancam dengan hukuman bunuh, barulah dia memberitahu, bahawa umur Raja tinggal 28 hari sahaja lagi. Iaitu Raja sedang menunggu ajalnya.

Mendengar jawaban bomoh, Raja sangat panik. Diapun menangis tersedu-sedu.

Sejak itu, Raja yang gemuk itu tidak boleh makan makanan yang sedap-sedap yang dihidangkan kepadanya dan tidak boleh tidur nyenyak. Sejak mendengar perkataan bomoh, Raja rajin melaksanakan ibadat-ibadat sunat apalagi yang wajib siang dan malam.

Namun sehingga pada hari ke 28,raja belum meninggal, maka di panggillah bomoh tadi untuk menghadap.

Dengan mudah, bomoh aneh itu hanya menjawab “Raja memang tidak mati, tapi berat badan baginda turun secara mendadak dari sebelumnya, dan penyakit-penyakit akibat gemuk baginda pun sudah sembuh”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan