Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 3 Februari 2011

Mudahnya manusia dibeli dgn wang...

Sejarah mencatatkan bagaimana firaun menggunakan kekayaan dan harta benda untuk menyesatkan umat nabi Musa. Qarun (sepupu Nabi Musa) sanggup diperalatkan oleh Firaun untuk membeli akidah bani israil sehingga tidak ada jalan lain melainkan nabi Musa mengadu kepada Allah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Al Quran yang bermaksud
Berkatalah Nabi Musa "Wahai Tuhan kami...mengapakah Engkau memberikan kepada Firaun dan pembesar-pembesar akan harta kekayaan yg begitu banyak. Dengan kekayaan yg Engkau kurniakan itu telah menyesatkan umatku dan kaumku."

Kini sejarah itu berulang semula di bumi Firaun (Mesir) Hanya disogokkan EGP.500 atau lebih kurang RM 260 Mubarak berjaya mengupah penyokongnya untuk bertempur dengan demonstrator anti kerajaan. Mereka membawa gambar Mubarak dan melaungkan sokongan serta sanggup mencium gambar Mubarak...rendahnya nilai yang ada pada manusia akhir zaman.

Seorang lelaki mengaku beliau diupan EGP 500 untuk membentuk satu pasukan pro-Mubarak dan melaungkan "Mubarak...! Mubarak...! Beliau menyatakan ada 30 orang lagi di upah bersama beliau. Tak hairanlah Hosni Mubarak yang mempunyai kekayaan bernilai RM 122 bilion boleh menggunakan wang kekayaannya untuk menyelamatkan kedudukannya.

Gambar : Yang menunggang kuda dan unta adalah kumpulan pro-Mubarak

Mubarak mulai bermain taktik kotor dengan mengupah pelakon-pelakon yang kononnya mengaku bahawa mereka dihantar olah Mossad (Agen Perisikan Israel) untuk menggulingkan kerajaan Mesir. Dan yang menariknya berita tersebut disebarkan oleh sebuah akhbar Yahudi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan