Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 2 Februari 2011

Apa yang perlu dilakukan sekiranya terperangkap dalam banjir


Tersentuh juga hati bila membaca berita ini. Air biarpun bersifat lembut tetapi adakalanya bertukar menjadi ganas. kenderaan pacuan 4 roda inipun mampu dihumbankan ke sungai.

Sebenarnya saya teringat pengalaman suatu ketika dahulu ketika saya menyampaikan kuliah di Surau Taman Merdeka Selama Perak, hujan turun dengan begitu lebat. Di dalam hati saya dah agak mungkin jalan ke Pondok Tanjung akan banjir kerana kawasan itu kerap dilanda banjir.

Jangkaan saya tepat, saya terperangkap dalam banjir dan berpatah balik menuju ke Bukit Merah. Malangnya jalan di situ juga ditenggelami air deras. Ini bermakna saya sudah terputus jalan untuk balik ke Taiping. Namun saya kira kenderaan saya berat saya cuba mengharunginya meskipun saya lihat dihadapan saya persis lautan. Yang membuatkan saya nekad kerana ada tiang-tiang letrik sebagai panduan di tepinya adalah jalan raya. Beberapa kali kenderaan saya bergoncang di tolak air sehinggakan saya rasa seolah-olah kaki saya tak ada,dan mulut saya tak berhenti berzikir...memang menakutkan.

Justeru saya mengesyorkan kepada pemandu jangan terlalu nekad bila berhadapan dengan banjir terutama yang berkenderaan kecil dan ringan. Pastikan jangan tutup tingkap, buka sedikit cermin kerana jika kereta terbabas ke parit rasanya kita masih ada kesempatan untuk keluar ikut tingkap. Saya dimaklumkan kereta yang tenggelam memang susah nak dibuka pintunya kerana ada tekanan dari luar.

Tingkap sisi pintu kenderaan adalah bahagian cermin yang sesuai untuk di pecahkan dan ianya lokasi sesuai untuk selamatkan diri. Cermin hadapan diperbuat dari kaca keselamatan yang mungkin hanya retak bila cuba untuk dipecahkan. Untuk kenderaan yang mahal harganya, pasti kaca hadapan adalah bahagian yang sukar untuk dipecahkan.

Jangan panik !

Selepas tingkap berjaya di pecahkan. Tarik nafas sebanyak mungkin dan selepas air memenuhi ruang kenderaan, perlahan loloskan diri untuk keluar kenderaan dan berenang ke permukaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan