Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 13 Februari 2011

Seronok..seronok...beronok-ronok

Sekadar gambar hiasan

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ;
dari Abu Hurairah r.a katanya : Aku mendengar rasulullah saw bersabda "Umatku akan ditimpa penyakit yang menyerang umat yg terdahulu ' para sahabat bertanya "Apakah penyakit itu ya Rasulullah?" Lalu Nabi menjawab "Al-Asyaru" Iaitu suka kepada keseronokkan.
(Hadis rwayat Hakim) Rujuk 40 hadis Peristiwa akhir zaman

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 43 tahun sanggup menaiki komuter seawal jam 6.30 pagi semata-mata mahu menyertai uji bakat Akademi Fantasia 9 (AF9) di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, semalam.

Ibu empat anak, Norasida Saian dari Sungai Buloh, Selangor berkata, semangatnya berkobar-kobar untuk menyertai uji bakat itu selepas
mendapat restu suami dan anak.
“Saya bersiap seawal jam 6 pagi dan menaiki komuter untuk menyertai uji bakat (AF9) pada jam 6.30 pagi. Selain restu suami dan anak, lebih membuatkan saya bersemangat beberapa rakan turut menemani saya ke uji bakat ini.

“Saya mahu mencuba nasib, manalah tahu saya berpeluang terpilih sebagai peserta AF9,” katanya yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh. Menurut Norasida, kehadirannya ke uji bakat AF9 turut dipengaruhi minatnya dalam bidang nyanyian.

“Menyanyi memang menjadi minat saya. Dulu, pernah juga saya menjadi juara pertandingan karaoke di tempat kerja.
“Di tempat kerja juga saya sering terbabit dengan aktiviti nyanyian seperti dipilih untuk menyanyi ketika berlangsungnya acara tertentu,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan