Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 30 November 2010

Jangan salahkan Allah sekiranya...

Jangan salahkan Allah sekiranya...
Selalu sangat menerima musibah Rumah kena masuk pencuri 5 ribu lesap. Lepas tu cermin kereta depan pecah kena Rm 500, lepas tu kena main dengan skim cepat kaya terbang 3 ribu,lepas tu..lepas tu dan lepas tuuu. Seolah-olah duit tak boleh disimpan hilang begitu sahaja. Jangan salahkan Allah,perhatikan adakah pendapatan kita itu berkat di sisi Allah swt. Kerja di tempat maksiat makan rasuah,sapu duit riba,bantai harta anak yatim,makan harta tak faraid atau tidak amanah dengan kerja menyebabkan rezeki yang diterima tidak ada keberkatan dan akan hilang begitu sahaja.

Jangan salahkan Allah sekiranya...
Fikiran berserabut, rungsing,putus asa. Salahkan diri sendiri kerana Allah sendiri berfirman "bukankah dengan mengingati Allah hati jadi tenang"Bagaimana tak berserabut kalau dalam otak penuh dengan dunia...dunia...dunia.

Jangan salahkan Allah sekiranya...
Sering ditimpa penyakit. Darah tinggi,kencing manis,lemah jantung (3 serangkai) lepas tu buah pinggang,kolestrol tinggi, aduhai...banyaknya penyakit. Bagi orang beriman sakit itu kafarah dosa dan bagi orang fasiq sakit itu adalah bala Allah terhadap kejahatannya di dunia jika tak sedar(bertaubat) azab lebih dahsyat akan menanti di akhirat.

Jangan salahkan Allah sekiranya
Anak-anak degil,kepala masam...di sekolah dapat nombur corot sekali. Pasai apa nak salahkan Allah kurniakan anak yang macam tu. Salahkan diri sendiri tak pandai nak disiplinkan anak di rumah. Dengan siapa dia berkawan? Merayau di cyeber cafe main game, mak bapak tak kesah.
Umur dah dekat baligh sepatah haram ayat Quran tak reti baca, sembahyang apatah lagi pasai apa??? Pasalnya mak bapak pun sama...tak sembahyang.

Salahkan Allah adalah satu jenayah

Di zaman Saidina Umar, ada seorang pencuri ditangkap. Apabila ditanya kenapa dia mencuri, dia menjawab: “Sesungguhnya, Allah telah mentaqdirkan aku untuk mencuri” Saidina Umar berkata: “Potong tangannya, dan sebat dia 40 sebatan”

Saidina Ali yang ada ketika itu terkejut: “Wahai Umar, hudud untuk pencuri memotong tangan. Justeru, apa perlunya pada 40 sebatan?”

“Itu adalah ta’zir(hukuman dari pemerintah) kerana dia menuduh Allah SWT sesuatu yang tidak patut dituduhnya” Umar RA menjawab.

Ini menunjukkan bahawa, tuduhan bahawa Allah telah mentaqdirkan kita keburukan-keburkan, adalah satu jenayah. Kita meletakkan kepada Allah kesalahan-kesalahan kita. Sedangkan, pada asalnya, kita tidak akan tahu sesuatu perkara melainkan setelah terjadinya ia. Maka, pada ketika itu kita sepatutnya memilih untuk ke arah kebaikan, bukan mengambil keburukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan