Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 2 November 2010

Virus Hedonisma Sudah Menular...

"Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi hub hiburan malam, satu pendekatan baru yang ingin diambil kerajaan untuk menjana ekonomi negara.

Apakah ini satu langkah yang bijak sedangkan implikasinya sangat besar. Tidak cukupkah lagi akibat pergaulan bebas dan suka berhibur menyebabkan banyaknya anak-anak luar nikah dilahirkan di dunia. Apakah tidak terkesan di hati kita melihat buang bayi berlaku setiap hari akibat virus ini.

Anak-anak muda kita sudah semakin dirosakkan dengan budaya ini, bayangkan kes-kes salah guna dadah,menagih arak,berpakaian menjolok mata semuanya ini menggambarkan agenda musuh Islam untuk menjahanamkan umat Islam. Saya amat sedih apabila seorang artis luar negara yang terang-terang mengaku dirinya seorang gay Adam Lambert diterima masuk untuk membuat persembahan di negara ini pada 14 oktober yaqng lalu meskipun menerima bantahan yang begitu luas dari badan politik dan NGO.

90% rancangan tv lebih dalam bentuk hiburan bahkan sentiasa mendapat tempat pada sisi masyarakat. Lihat sahaja sebagai contoh rancangan "jangan lupa lirik" mendapat sambutan hangat dari golongan muda dan tua. Saya terfikir apakah faedahnya. Natijahnya saya melihat ada kedai-kedai makan di tempat saya disediakan satu ruang khas untuk berkareoke dan adakalanya beroperasi sehingga melebihi jam 12 malam. Sesungguhnya virus hedonisma ini adalah pembunuh senyap yang meruntuhkan keperibadian dan akhlak islam yang telah kita pertahankan selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan