Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 14 November 2010

Beer Halal ?


Istak
Bir tanpa tanpa alcohol yang diberi nama ISTAK ini telah lama berada di pasaran Timur Tengah dan mendapat sijil halal kerajaan Iran. Cuma di Malaysia, buat pertama kalinya sebuah syarikat, Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman jenama ISTAK' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Minuman ini dikatakan dihasilkan dari pemilihan malt (barli yang diperam) yang paling berkualiti. Kandungan alkoholnya adalah 0.0%.

Walaupun ianya halal namun saya tidak bersetuju dengan istilah bir halal. Cuba perhatikan botol serta pelekat pada botol ianya seolah-olah menyerupai botol arak dan air arak yang diharamkan oleh Islam.

Istilah tersebut memberi maksud yang buruk dan boleh menimbulkan syak serta prasangka buruk bagi Islam dan umat Islam yang meminumnya





Tiada ulasan:

Catat Ulasan