Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 8 November 2010

Bagi Pun Salah... Tak Bagi Pun Salah

Saya pernah terbaca suatu berita di akhbar, seorang pengemis di Kuala Lumpur boleh hidup senang, membeli sebuah kondo dan menggaji seorang pemandu peribadi. Seorang wartawan yang menyamar sebagai pengemis jalanan dalam masa 3 jam boleh mengumpul pendapatan 100 ringgit.

Persoalannya sekarang inilah jalan paling mudah untuk dapat wang. Berlakon sebagai OKU,pandai menyusun kata supaya orang mudah merasa kesihan sudah cukup sebagai modal.

Pengalaman saya berdepan dengan golongan peminta sedekah atau peminta derma cukup banyak. Kita jadi serba salah nak bagi pun salah...tak bagi pun salah kerana timbul keraguan dalam hati.

kadangkala mereka datang rumah siap dengan surat kebenaran dari jabatan tertentu yang membolehkan ia mengutip derma. Surat itu bukan original tetapi photostad sahaja. Sampai depan pintu rumah bagi salam sampai berpuluh kali. Kalau kita biarkan dia rapatkan muka dekat sliding door supaya boleh nampak orang di dalam. Ini satu sikap yang tak beradab, katalah pada ketika itu isteri atau anak perempuan kita tak bertudung? Kadangkala rasa malu juga bila tengok mereka ini pakai ketayap haji atas kepala tetapi tak pandai jaga adab.

Saya pernah didatangi oleh seorang yang mengaku pengidap HIV. Menurutnya ia akan mati tak berapa lama lagi. Dia tunjukkan pengesahan surat pada saya. Peliknya saya lihat badannya cukup sihat dan bertenaga. Bila saya bagitahu bahawa saya biasa masuk penjara berceramah pada banduan HIV. Saya dimaklumkan oleh dokter bertugas bahawa penyakit HIV boleh hidup sehingga 20 ke 30 tahun. Bila dijangkiti aids barulah daya tahannya berkurangan, berjalan pun dah tak mampu. Tergamam jugak dia, akhirnya minta izin pergi.

Seorang pengidap buasir yang kronik boleh naik tangga turun tangga nak kutip derma kononnya untuk berubat di tempat kerja saya. Bila saya tanya biasanya orang sakit buasir yang kronik tak boleh berjalan dia kelihatan tersipu-sipu, nampak sangat satu pernipuan.

Ada juga yang menyamar kononnya kenalan rapat saya. Kebetulan di tahan oleh jaga tempat saya bekerja. Senang je dia jawab dia kenalan rapat ustaz Saidin. nak jumpa Ustaz minta sumbangan untuk merawat ibunya sakit tenat di hospital Ipoh. nasib baik jaga tempat saya bekerja tu cerdik. Dia soal balik macam mana rupa ustaz Saidin. Dia jawab Ustaz tu kecil (betullah tu) pakai kereta kancil. Sedangkan saya tak memiliki kereta kancil pun. Nampak sangat dia nak menipu bila kebetulan saya berdiri tak jauh dari situ dia buat tak kisah. akibatnya dia di usir oleh Jaga tempat saya bekerja.

Malam ini seorang sahabat baik saya menceritakan pengalaman beliau ditempat kerja. Seorang yang mengaku muallaf datang untuk meminta derma. Dengan susah payah sahabat saya melancarkan kutipan di kalangan stafnya,banyaklah juga dapat dan disedekahkan kepadanya. Tak berapa lama perempuan tu datang lagi nak minta tolong dengan alasan nak hantar anaknya pergi mengaji pondok. Atas dasar simpati kutip lagi derma dan di serahkan padanya. Dah dapat duit masih lagi tak beredar. Pergi tandas, mundar mandir dekat dua jam bila sahabat saya tanya kenapa tak balik lagi barulah ia beredar pergi.

Besoknya heboh satu pejabat kehilangan Komputer riba, bila siasatan dilakukan rupanya perempuan yang meminta derma itu adalah pencurinya dan telah di jual disebuah kedai di Ipoh dengan harga cuma 100 ringgit.

Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang saya alami tentang penipuan ini, tapi saya rasa cukuplah dulu... banyak sangat cerita pun jemu pulak membacanya. Mudah-mudahan kita tidak menjadi mangsa penipuan licik.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan