Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 6 November 2010

Inilah Sahabat Sejati...


Dan adalah redho daripada nafsu dan ketiadaan redho itu, jadi ia daripada bersahabat dengan segala orang yang baik dan orang yang jahat kerana bahwasanya seseorang itu (dihimpunkan) di atas agama kekasihnya (iaitu seseorang akan berkelakuan seperti orang yang rapat dan mesra dengannya). Maka kerana demikian itulah berkata

Sheikh Ibni Athoillah As Kanddari RA.
"Sesungguhnya bersahabat engkau akan orang jahil yang tiada redho ia dengan nafsunya terlebih baik daripada bersahabat dengan orang yang 'Alim yang redho dengan nafsunya".

http://www.angelfire.com/journal/suluk/tangan.gifKeterangan Dalam kitab Al-Hikam

Bermula faedah bersahabat itu hanyasanya untuk menambah dalam jalan (kepada Allah) dan tiada mengurangkan dalamnya. Maka bersahabat dengan orang yang redho ia dengan nafsunya dan jikalau adalah ia 'Alim sekalipun [adalah] jahat semata-mata.

Dan tiadalah faedah dalamnya(bersahabat) kerana bahawasanya ilmunya itu tiada memberi manfaat baginya dan jahilnya itu yang mewajibkan ia akan redho dengan nafsunya. Maka jadilah memberi mudhorat akan dia kerana bahawasnya seolah-olah tiada ilmu kepadanya.

http://www.angelfire.com/journal/suluk/tangan.gifHuraian

Melalui kalam ini kita akan mendapati bagaimana pandangan kaum sufi dalam memilih seorang sahabat. Jika hubungan yang ingin dijalinkan dengan seseorang itu membuahkan hasil dan manfaat untuk meningkatkan hemah atau cita-cita sampai kepada Allah, maka ikatan persahabatan itu akan diteruskan kerana banyak membantu dan memberi faedah kebaikan untuknya.

Sebaliknya jika seseorang kenalannya itu memiliki sifat yang jahil dan sentiasa mengikut telunjuk hawa nafsunya, maka hubungan persahabatan itu akan memudhoratkan malah akan menghasilkan kejahatan dosa dan maksiat kerana bersengkokol dengannya.

Jahil yang dimaksudkan di sini ialah bukan mereka yang tidak tahu akan hukum halal haram, sah batal atau antara yang haq dengan yang batil. Alim atau berpengetahuan semata-mata tetapi tidak mengamalkan apa yang diketahui, malah menjadikan kelebihan ilmu itu untuk kepentingan syahwat dan nafsunya bukanlah 'Alim yang sebenar.

Malah sifatnya yang mengikut nafsu itu melenyapkan ke'alimannya menjadikan ia sebagai seorang yang jahil yang terlebih jahil daripada mereka yang tidak berilmu pengetahuan. Mereka yang mengikut hawa nafsu hingga mengalahkan ilmu ini adalah golongan yang jahil mengikut pandangan ahli sufiah. Walaupun memiliki ijazah atau PHD atau berkelulusan yang tinggi dalam bidang pengajian dunia atau pengajian akhirat.mereka masih dianggap tidak memiliki ilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan