Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 5 November 2010

Di Saat Tsunami Menerjah...


Kita amat bersyukur kerana kita tidak pernah mengalami musibah yang dahsyat seperti yang berlaku di negara jiran kita Indonesia. Mereka diuji dengan letusan gunung berapi dan tsunami yang telah mengorbankan begitu banyak nyawa dan harta benda.

Kadang-kadang tanpa disedari menitis juga air mata bila melihat dan mendengar rintihan dan penderitaan mangsa Merapi dan Tsunami yang kehilangan segala-galanya. Besar sungguh ujian Allah ke atas mereka.

Satu kisah yang ingin saya paparkan di sini buat renungan kita bersama.

Sesungguhnya dapat aku rasakan bahawa Allah Maha Berkuasa . Dan aku dingatkan bahawa Allahlah yang memiliki Alam Semesta ini. Ia mengurniakan kepadaku orang yang aku kasihi dan Ia juga berhak untuk mengambilnya kembali.

Aku Yusnida,tinggal di Baitussalam,Banda Aceh. Bumi Aceh bergoncang hebat pagi itu. Aku menjadi salah satu saksi betapa dahsyat bencana itu.

Pagi itu aku sedang memberi makan si kecil...Tiba-tiba gempa. Waktu gempa suami aku tidak ada dan jiran tetangga menjerit menyuruh aku keluar dari rumah. Selesai gempa suara manusia menjadi riuh rendah dan hingar bingar.

Sekitar 5 minit berlalu, begitu singkat...tiba-tiba gelombang air besar datang dari arah laut

”Kemudian suamiku datang, cepat-cepat mengeluarkan kereta tetapi tidak sempat kerana air laut sudah naik. Air laut naik setinggi pohon kelapa. Ini pada penglihatanku Ku

Aku bersama suami dan anakku Hidayat terus berlari. Anak bongsu kami (Fadhlan) baru berusia 1 setengah tahun aku dakap kemas dalam pelukanku. Kami terus berlari dan berlari daripada air ganas yang bila-bila masa sahaja boleh menelan kami.

Tiba-tiba suamiku meminta untuk mendukung si kecil (Fadhlan) lalu aku melemparkan kepadanya dalam keadaan aku sangat keletihan. Tiba-tiba air datang, aku terlempar, suamiku entah kemana dan begitu juga anakku entah kemana itulah kali terakhir aku bersama dengan mereka.

Cuma seingat aku ketika itu pegangan tangan kami terlepas. Aku lihat suamiku terhempas bersama anak bongsuku (Fadhlan). Kemudian anakku (Hidayat)pula menyusul. Air terus mengamuk. Menggoncang jasad kami di dalam pusaran arus yang amat dahsyat. Ada sesuatu yang menyangkut jasad saya yang lemah, rupanya saya tersangkut di pucuk kelapa. Hentamman air menjadi semakin pelahan dan di saat itulah aku teringat anak-anakku dan suamiku bagaimanakah keadaan mereka. Nama suami dan anak-anakku aku panggil sekuat hati, aku menjerit tak henti-henti. Namun tiba-tiba gelombang kedua pula datang terus aku di bawa air deras, terlempar...terhempas tapi aku terus berjuang untuk hidup.

Selesai gelombang dahsyat itu sedar-sedar aku tersangkut lagi di pohon kelapa. Sekali lagi aku teringat suamiku,anak-anakku. Selain Hidayat dan Fadhlan, Dua putriku berada bersama neneknya di Daerah Lingke. Aku bertekad mencari mereka

Diatas kayu yang telah tumbang aku melihat mayat bergelimpangan, aku berharap dapat bertemu dengan suami dan anak-anaku dan aku pasrah dengan ujian yang begini hebat

Dulu aku paling takut dengan mayat, tetapi kini perasaan itu hilang sama sekali. Satu demi satu mayat aku terbalikkan untuk mengecam sama ada itu mayat suamiku ataupun anak-anakku


Hinggalah sampai hari terakhir, aku tidak juga berhasil menemui suami dan anakku sehinggalah besuknya aku mendengar berita anakku Hidayat berada di sebuah khemah dalam keadaan selamat. Allah telah menyelamatkan anak lelakiku itu dengan cara yang tersendiri

Keesukkan harinya kedua putriku juga selamat berada di sebuah khemah yang lain. mereka selamat kerana sempat naik ke atas bumbung rumah di saat Tsunami menerjang.

Sayangnya suami dan anakku yang bongsu (Fadzlan) ghaib entah kemana. Aku hanya berdoa jika ditakdirkan mereka terkorban aku dapat menatap jenazah meraka

Ya Allah ampunilah suamiku, sesungguhnya aku redho di atas takdir Mu terhadap hamba-hamba Mu. Untuk anakku yang kecil...tunggulah mama di sana, mungkin dengan doa anaku yang tiada dosa ini melayakkan aku mengecapi nikmat SyurgaMu. Amiin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan