Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 2 November 2010

Persoalan Yang Perlu Dijawab...


Soalan (1)

Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Jawapan

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut sebanyak 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali.

Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

Soalan (2)

Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebat dan lebih dimuliakan.

Jawapan

Kita persoalkan balik kenapa dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

Soalan (3)

Umat Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan sebagaimana diyakini oleh orang kristian.

Jawapan

Penganut kristian atau Nasrani telah tersalah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka. Bagi umat Islam sila rujuk Al-Quran Surah As-Soff ayat 6

Soalan (4)

Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang Nabi yang terakhir?

Jawapan

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

Soalan (5)

Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Jawapan

Dari segi logik akal antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

Soalan (6)

Jika rujuk kepada tafsir Al-Quran, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap Allah guna kalimah ‘Kami’ Kenapa jadi begitu/ Bermakna bukankah itu melambangkan 'kami' disini sebagai ‘Allah + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ?

Jawapan
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ .

Soalan (7)

bagi penganut Punjabi mempersoalkan kenapa Islam perlu memotong rambut ? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Jawapan

Kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

Soalan (8)

Penganut Budha vegetarian pula mempersoalkan, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Jawapan

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut memiliki nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Apakah Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

Lalu Sami Budha menjawab ” Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”

Jawapan

Kalaulah begitu...Bagaimana kalau kita bunuh orang pekak,buta dan bisu kerana mereka tidak ada deria dan kita hanya melakukan dosa kecil sahaja.

Lalu dipersoalkan kembali

"Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”

Jawapan
“habis tu, makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”

Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Jawapan

Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

Soalan (9)

Babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

jawapan
Sebab bukan semua ciptaan Allah boleh dimakan. Allah nak lihat sajuah mana ketaatan kita mematuhi perintah dan larangan Allah swt

Soalan (10)

Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Jawapan

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah… Bukan sembah Kaabah!

Soalan (11)

Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan utusan Allah juga?

Jawapan
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Beginilah kaedah yg digunakan oleh orang kafir agar orang islam merasa ragu-ragu terhadap ajaran Islam

Orang islam yang cetek agama dan jahil mudah terpengaruh dengan soalan-soalan yang sebegini rupa terutamanya anak-anak muda, lalu dengan mudahnya mereka sanggup menukar agama menjadi murtad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan