Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 12 November 2010

Berhati-hati dengan minuman ini

Berbagai cara dilakukan oleh musuh islam untuk merosakkan umat Islam. Antara yang paling mudah ialah melalui pemakanan atau minuman. Makanan dan minuman yang haram boleh menyebabkan hati jadi kotor dan susah untuk menerima hidayah Allah.

Kini satu keluaran terbaru jenama Jolly Shandy keluaran syarikat carlberg. Ia kelihatan seperti air minuman biasa. Perhatikan tin minuman yang dikeluarkan dangan corak pada tin tidak seperti mana minuman tin minuman arak seperti yang biasa terdapat di pasaran


Dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .
Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan