Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 7 November 2010

Jangan Jadi Pandir...

Teringat masa sekolah dulu ada seorang guru suka buat lawak. Kadang-kadang macam-macam cerita yang tak logik diceritakan pada kami. Yang paling aku ingat cerita Pak Pandir. Pak Pandir digambarkan seorang yang bodoh dan lurus bendul.

Suatu petang Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnya. Di tengah perjalanannya tadi dia terjumpalah satu objek yang seakan-akan seketul taik manusia yang masih panas.

Tapi dia musykil sama, ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul taik atau bukan. Lalu beliau nekad untuk melakukan ujikaji terhadap objek tersebut. Lalu Pak pandir tengok dengan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,"Bentuk macam taik."

Kemudian tu dia pegang pulak objek tu dengan jari, lalu dia berkata,"Lembik...macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu objek tu, dan berkata,"Bau sebijik macam taik."

Pak pandir masih tidak berpuas hati, lalu dia menjilat sedikit objek tersebut, lalu dirasanya dengan lidah. Setelah membuat rumusan dan berfikir selama 5 minit, lalu pak pandir menjerit;

"Sah taik manusia. Tak guna betul!!! Nasib baik aku tak terpijak !!!"

Dadah tu kan ke najis... Yang hangpa pi hidu,pi rasa benda tu pasai apa..? Bodoh macam Pandir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan