Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 2 November 2010

Kalau dah muka 4 segi...? apa nak buat.

Pejam celik kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2010. Bagi warga pendidik penghujung tahun sessi persekolahan adalah sesuatu yang menyebokkan. nak siapkan laporan itu dan ini. memeriksa kertas,persiapan untuk hari anugerah.Nak kumpul dan serah buku teks lagi bahkan penghujung tahun banyak pula kursus yang diadakan sama ada di peringkat JPN atau PPD maklumlah nak habiskan bajet yang telah diperuntukkan.

kadang-kadang lucu jugak tengok perihal sahabat-sahabatku. Masing-masing bawak diri,muka bujur pun dah nampak empat segi,bersembang pun dah tak berapa mau asyik mengadap laptop,komputer nak buat analisis dan sebagainya lagi. Kesian jugak aku tengok guru yang pegang kelas nak buat macam mana dah tugas. Orang atas dok kejan suruh siapkan cepat, kita yang dibawah dah susah nak bernafas.

Semalam ada pula sahabat bertanya petua awet muda. Jawapannya senang jangan tension selalu, jangan stress. Nak hilangkan tension kena selalu ingat Allah. Banyakkan berzikir sama ada dengan lidah atau hati. Dalam Al-Quran sebut 'Bukankah dengan mengingati Allah hati jadi tenang" fikiran jadi lapang, jangan dok bebal selalu. Kalau asyik bebal,mengeluh sana sini muka cepat tua, fikiran runsing muka jadi 4 segi....

Satu lagi bagi yang belum berkahwin,kalau dah mampu duit pun dah cukup, kahwinlah cepat. Dok tunggu apa lagi. Bila dah ada pasangan kita boleh berkongsi rasa insya-Allah. Bebanan yang berat akan rasa ringan. Tapi syaratnya kahwin kerana Allah bukan kerana nafsu atau terpaksa. Apatah lagi bila ada zuriat. Bayangkan pulang dari kerja,kepala dah masam, muka dah macam 4 segi tiba-tiba anak kita meluru keluar memeluk kaki sambil menjerit keseronokkan 'abah balik...! mak balik...!' fulamak rasa hilang bebanan di kepala hilang tension...

Pada sahabatku yang belum berkahwin, kahwinlah cepat doalah agar dikurniakan jodoh yang soleh dan solehah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan