Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 25 November 2010

Bendul Punya Budak....

Apa tengok-tengok...ada hutang ke..?

Dalam satu kelas darjah satu,seorang Ustaz bertanya kepada pelajarnya
"Kamu hendak kemana?.......Syurga atau Neraka?.....siapa yang hendak ke Syurga.........angkat tangan.......?

Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid. Kemudian Ustaz itupun bertanya lagi,

"Siapa hendak ke Neraka"........

Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi.......dengan kehairanan Ustaz itu bertanya......

"Bila saya tanya nak masuk Syurga awak tak angkat tangan.....bila saya tanya nak ke Neraka pun awak tak angkat tangan....habis awak nak kemana?.....

Jawab murid itu....
"Saya tidak mahu kemana-mana Ustaz....Bapa saya suroh saya datang sini belajar,dia pesan...jangan pergi kemana-mana tunggu sampai dia jemput".......

1 ulasan: