Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 5 November 2010

Diet Rasulullah saw.


Hari ini bermacam-macam penyakit menyerang kita berpunca dari pemakanan kita seharian. Contoh yang kerap menyerang kita seperti Kencing manis,darah tinggi.kolestrol,strok dan sebagainya.

Junjungan kita Rasulullah saw diberitakan tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana Rasulullah bijak menjaga pemakanannya. Di dalam riwayat menyebut Rasululullah tidak memakan makanan yang bercampur seperti;

1-Susu bercampur daging
2-Ikan bercampur susu
3-Daging bercampur ikan
4-Ayam bercampur susu
5-Ikan bercampur telur
6-Ikan bercampur daun salad
7-Susu bercampur cuka
8-Buah bercampur susu

Rasulullah saw memakan buah terlebih dahulu sebelum memakan roti / nasi. Biasanya kita selesai makan nasi baru makan buah.

Di dalam kitab juga tidak menggalakkan kita memakan makannan laut bercampur dengan makanan darat. Rasulullah sendiri pernah menegah makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri mudah di serang penyakit.

Para saintis telah membuktikan di mana di dalam badan ayam mengandungi 'ion +' dan di dalam badan ikan terdapat ' ion -' Andaikata dalam suapan daging ayam bercampur dengan daging ikan
maka terjadilah tindakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.

Rasulullah juga mengajar kita makan dengan menggunakan tangan kanan dan hendaklah kita menjilat sisa-sisa makanan yang terlekat di jari. Menurut pakar saintis enzim banyak terkandung di celah-celah jari iaitu sepuluh kali ganda (enzim sejenis asid pencerna makanan)

Terpulanglah pada diri masing-masing nak ikut atau tidak.

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan