Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 3 Januari 2011

Cinta Fotocopy

Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, “Saya akan berkahwin dengan kamu sekiranya saya dapat melihat.”

Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut karena kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah kamu berkahwin dengan ku sekarang?” Tanpa sebarang alasan, wanita itu menolak.

Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan