Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 9 Januari 2011

Di mana nilai kemanusiaan???


Dalam riwayat menyebut umat akhir zaman akan hidup mementingkan diri sendiri (nafsi-nafsi) Buktinya gambar foto ini diambil oleh seorang jurufoto Frank Fourmier pada 14 Nov 1985.

Letupan gunung berapi telah mengorbankan 25 ribu penduduk Colombia dan anak gadis yg malang ini Omayria Sanchez 13 tahun mengharapkan bantuan setelah terperangkap dalam bencana tersebut. Gambarnya diambil (lihat anak matanya memandang sayu) tetapi masih dibiarkan selama 3 hari akhirnya anak gadis ini meninggal dunia.

Apa dah jadi dengan dunia kita????di mana nilai kemanusiaan.


Gambar ini pula diambil oleh jurufoto Kevin Carter. Kejadian berlaku pada tahun 1994 ketika mana kebuluran dahsyat mengancam Sudan. Seorang anak kecil ini sanggup merangkak menuju ke camp makanan PBB untuk mendapat makanan sejauh 1km.

Amat malang kanak-kanak ini terbiar tanpa bantuan serta tidak bermaya lagi untuk meneruskan perjalanan,menunggui saat datangnya ajal dan burung hering pemakan bangkai bersiap sedia di belakangnya untuk mengoyak rabak daging anak yang malang ini.



2 ulasan:

  1. Jurufoto Kevin Carter tu bunuh diri setahun selepas ambil gambar tu sb kecewa dgn sikap manusia..

    BalasPadam
  2. betoi tu..makin maju negara makin tinggki kadar bunuh diri dan pentingkan diri...

    BalasPadam