Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 24 Januari 2011

Sup torpedo...


Pernah makan tak...? Aku pun tak pernah merasainya. Kopi torpedo ada dijual dan rasanya ok jugak.

Sup torpedo ialah nama gelaran kepada sejenis sup yang menggunakan sebagai bahan asasnya zakar lembu. Di Malaysia, sup torpedo ini biasanya dihidangkan di warung-warung atau restoran mamak.

Sup torpedo ini biasanya akan dihidangkan dengan sebuku roti Benggali untuk mencicah sup tersebut. Harganya ialah diantara RM 5.00 hingga RM 8.00 semangkuk, bergantung kepada kebesaran mangkuk hidangan. Dagingnya agak kenyal dan rasanya seperti daging lembu biasa.

Sup ini dikatakan mempunyai khasiat sebagai afrodisiak ataupun khasiat kekuatan tenaga bathin bagi lelaki. Manusia ni kalau kerana nafsu memang sanggup lakukan apa sahaja. Benda pelik pun sanggup dimakannya. Aduhai...nafsu...nafsu !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan