Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 26 Januari 2011

Lobak (carrot)..Telur...Kopi.... Realiti kehidupan

Dalam kehidupan kita, adakalanya kita tidak sedar kita menjadi seperti kopi atau telur atau mungkin juga kita akan jadi seperti lobak (carrot)

Lobak merah apabila kita panaskan dengan air ia akan lembik dan patah meskipun pada asalnya bersifat keras. Begitu juga manusia yang kental jiwanya tetapi apabila diuji dengan berbagai ujian jiwanya mudah patah akhirnya terkulai dan hanyut begitu sahaja. Justeru jangan jadi seperti lobak merah.

Telur asalnya cair, mudah pecah bila direbus dengan air panas ia menjadi keras. hakikatnya ada juga manusia yang lembut tetapi tak semena-mena menjadi keras hatinya apabila ditimpa ujian.

Tetapi kopi apabila dimasukkan air panas ia akan larut dan sebati. Makin panas air makin terasa kesedapan aroma kopi. Justeru mereka yang menjadi seperti kopi dapat menyerap segala ujian, mehnah sehingga segala kesusahan ada kemudahannya. Setiap kesempitan ada jalan keluar. Setiap ujian dihadapi dengan tabah dan akhirnya mereka memperolehi kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup

Persoalannya sekarang..dimanakah kita ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan