Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 29 Januari 2011

Apa Khabar Cikgu...? "Khabar tak baik"

DUNGUN: Seorang guru lelaki tidak menyangka tindakannya menerima pelawaan bapa muridnya ke rumah membawa padah apabila ditumbuk dua kali di muka selain disepak.

Guru berusia 43 tahun itu juga diacukan pisau berikutan bapa terbabit naik angin apabila mengetahui mangsa menampar anaknya.

Dalam kejadian Isnin lalu, guru sekolah rendah di bandar ini ditahan bapa murid tahun dua itu ketika dia dan dua anaknya dalam perjalanan pulang sebaik selesai mengajar.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia ditahan kira-kira jam 2 petang tidak jauh dari sekolah sebelum diajak ke rumah konon mahu berbincang masalah anaknya.

Katanya, di rumah itu, dia dijemput masuk dan tidak mengesyaki apa-apa sebelum lelaki berkenaan bertanya apa yang dilakukan terhadap anaknya.
Belum sempat menjawab, saya ditumbuk di muka sebelum dia mengeluarkan pisau menyebabkan saya takut, katanya kepada Haristeri lelaki itu menghalang perbuatan suaminya dan memintanya bersabar serta berbincang.

Tiba-tiba, bapa saudara murid itu datang dan tanpa saya sedari, lelaki itu turut melepaskan satu tumbukan ke muka saya, katanya.

Katanya, tumbukan itu menyebabkan mata kanan dan dahinya lebam selain bengkak tangan kanan akibat disepak bapa murid terbabit.
Mengulas punca kejadian, mangsa berkata, dia membawa sekumpulan murid tahun enam memasuki makmal sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu.
Ketika itu, sekumpulan murid tahun dua termasuk anak lelaki terbabit keluar dari makmal sebelum kanak-kanak itu menunjukkan isyarat lucah kepada seorang murid tahun enam.
Saya memanggilnya dan bertanya kenapa dia menunjukkan isyarat lucah dan saya ada memulas telinga dan menampar pipinya, tetapi dia tidak langsung menangis. Jika tamparan itu kuat, tentu sudah menangis, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan