Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 17 Januari 2011

3 karektor - Anda mengundang bahaya???

Banyak karektor yang diingini oleh pasangan hidup. salah satu adalah paras yang cantik, tampan, anggun bergaya,keseksian bagi perempuan,tegap dan sasa bagi lelaki dan pelbagai lagi. namun ianya bukanlah sesuatu yang menjamin kebahagiaan atau suksesnya rumahtangga sekiranya tidak diiringi dengan sikap dan keperibadian yang mulia berdasarkan iman dan taqwa

Ada banya tip yang telah dikemukakan oleh pakar motivasi kekeluargaan namun saya hanya memetik 3 faktor sahaja yang boleh menyebabkan pasangan hidup anda merasa tidak selesa

Terlalu Sensitif
Mudah terasa. Tak boleh ditegur,cepat merajuk. Biasanya ada pasangan yang suka bergurau sebagai contoh berkatalah si suami "I nengok you ni makin montel" Tujuannya ikhlas untuk isteri jaga sikit badan tetapi terus disalah anggap,merajuk, tarik muka. Suami tegur tu tanda suami sayang tetapi kalau dah sering disalah anggap akhirnya hubungan akan jadi semakin longgar dan hambar

Cemburu yang tak bertempat
Cemburu dituntut dalam Islam. Tetapi sekiranya berlebihan ia boleh membawa natijah yang buruk kepada setiap pasangan hidup. Tidak wajar 5 minit telefon "Ayang buat ape tuu..? Pastu 5 minit lagi telefon "Ayang sebok ke..?banyak kerja ke...? rehat nanti you nak makan ape??" Alahai rimasnya suami di pejabat sekejap sekejap berbunyi handset.

Ada pula pasangan yang suka menyiasat persis SB atau FBI, tengok apa yang ada dalam bag tangan,dompet, cek sms suami @ isteri, curi-curi dengar perbualan telefon tah hapa-hapa lagi. Kes terlampau cemburu juga faktor yang banyak membawa kepada perceraian.

Materialistik
Ini memang sering dibicarakan. Perkahwinan atas dasar ini memang tak berkekalan. Pasangan yang asyik bercinta akan berusaha memenuhi hasrat pasangan untuk memiliki pakaian mahal, perhiasan mahal dan sebagainya. Sanggup berhabis wang, berhutang apa susah ada kad kredit, hulur saja "this is my card?" Tapi bila berkahwin,dah ada tanggungjawap jika sikap meterialistik spt ini diteruskan juga ia mengundang kecelakaan. Lihatlah kemampuan pasangan masing-masing, imbangi perbelanjaan dan jangan terlalu individualistik dan materialistik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan