Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 20 Januari 2011

Diari seorang musafir - mencari hidayah

Agak lama juga aku tidak menulis diari kehidupanku sebagai musafir di bumi Allah. Bukan apa kadangkala timbul perasaan tidak enak dalam hati nanti orang kata riak, nak tunjuk diri hebat sedangkan tidak sedikit pun perasaan itu dalam hati. Na'uzubillah...

Apa yg dicatatkan hanya pengalaman yg dilalui dan boleh menjadi iktibar untuk kita semua tak lebih dari itu. Sebagai contoh pada malam khamis ketika aku menyampaikan kuliah di Surau Taman Desa Jaya ketika menunggu solat Isya' seorang jamaah pengajian menghampiri ku.
"Ustaz...boleh tak saya jumpa dan nak bincang sikit dengan ustaz lepas solat isya' nanti" Setiap ustaz kena bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Mungkin dia ada masaalah besar atau tak bersetujui dgn kuliah yg aku sampaikan maklumlah kadangkala aku ni mulut laser sikit.

Rupanya dia ni guru tuisyen yang mengajar selepas maghrib hinggalah selepas isya' bermula dari hari isnin hingga jumaat. Dengar ceritanya lumayan jugak bayaran yang diterima. "Ustaz...saya dah fikirkan masak-masak untuk berhenti mengajar tuisyen kerana saya lebih sayangkan majlis ilmu di surau. Saya mengajar tuisyen untuk tambah lagi pendapatan sedangkan ilmu agama yg saya pelajari di surau ini lebih untuk bekal saya di akhirat. Saya cuma nak mintak pandangan ustaz...?"

Susah jugak nak jawap...Kalau hidayah Allah sudah sampai tak ada siapa yang boleh menghalangnya, memang susah nak cari orang yang ada kesedaran sepeti ini.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan