Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 23 Januari 2011

Tiga Ilmu yg Wajib Dipelajari...

Dalam hadis Nabi saw di sebut "menuntut ilmu itu adalah wajib bagi lelaki dan perempuan" Hukum wajib di sini ialah apabila kita meninggalkannya kita akan menanggung dosa. Persoalannya ilmu yang diwajibkan itu apa dia sepertimana yang disebut oleh Rasulullah saw.

Pertama : Wajib menuntut ilmu makrifah - iaitu ilmu aqidah yang soheh, bagi mengenal Allah Rasulnya,kitabnya serta segala perkara yang ghaib seperti kehidupan di Hari Akhirat.

Keduanya : Ilmu syariat yang mengkhususkan dalam bab halal haram dalam perkara ibadah, muamalah ,munakahat dan Jinayat. Contoh Allah tak terima solat tanpa sempurna wuduk. Allah mencela orang yg berjual beli dengan riba, dan mensyariatkan hukum jinayat seperti hudud ,qisas dan taazir.

Ketiganya : Ilmu tasauf : Iaitu ilmu yg berkaitan dgn ibadah bathin seperti ikhlas, tawaduk,tawakal, redha dan sebagainya.

Ketiga-tiga ilmu ini sangat penting dan merupakan asas dalam beragama, untuk lebih jelas lagi kita perlu banyak merujuk kitab-kitab yg muktabar dan berguru dengan guru-guru yg mursyid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan