Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 28 Januari 2011

Mungkin inikah kafarah dari Allah...?

Saya selalu berkata dalam kuliah "Buatlah baik nescaya Allah akan berbuat baik pada kita. " Sesuatu musibah yang menimpa kita ada sebab musababnya. Bayangkan sekiranya sebagai suami atau bapa kita tidak mendidik isteri dan anak-anak dengan agama. Suasana agama tidak dititik beratkan dalam keluarga. Suami adalah kepala rumahtangga.

Terabai agama berarti isteri dan anak-anak tidak akan merasa berdosa bila diri kita diabaikan. Mereka akan suka sekiranya kita boleh menyenangkan mereka dgn harta. Apabila kita merempat mereka begitu mudah meninggalkan kita. inilah hakikat kehidupan akhir zaman.

KUALA TERENGGANU: “Sejak diserang darah tinggi dan buasir 15 tahun lalu, kehidupan saya mula berubah, isteri dan anak mula menyisihkan saya dan sanggup membiarkan saya tinggal berseorangan.

“Kini, saya hidup merempat dan menebal muka meminta sedekah mengisi perut,” kata Ismail Ibrahim, 78, yang mendakwa hidup berkelana sendirian selepas disisihkan isteri dan lima anak.


Ismail yang tinggal di Lorong Budiman ditemui mengemis di tempat letak kereta berhampiran restoran makanan segera berkata, dia tiada pilihan lain kecuali meminta sedekah untuk mengisi perut akibat penyakit itu.

Menurutnya, adakala dia pergi ke warung tertentu untuk meminta makanan, malangnya hanya satu saja yang memberi makanan manakala yang lain mengusirnya kerana dianggap pengacau.


“Akibat penyakit dialami, saya tidak boleh mengikat perut kerana boleh membahayakan nyawa dan sebab itu saya mengemis di tepi jalan atau kedai makan.


“Dalam sebulan, beberapa kali saja saya tidur di rumah manakala selebihnya tidur di bawah pokok atau kaki lima hospital.

“Jika tidur di rumah, saya mengalami kesukaran mendapatkan bantuan orang lain menghantar ke hospital jika diserang penyakit,” katanya.


Katanya, anaknya mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga sendiri manakala isteri pula lima tahun meninggalkannya sendirian kerana dianggap membebankan.

Menurutnya, walaupun berulang kali dimasukkan ke wad, namun anak hanya melawat beberapa kali, tetapi kebelakangan ini, kelibat mereka tidak lagi kelihatan.


“Saya bukan mahu mengaibkan anak, tetapi inikah balasan selepas membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang dan sanggup membanting tulang empat kerat mengambil upah sebagai tukang rumah bagi memastikan mereka tidak kelaparan.


“Apabila saya sakit dan uzur, tiada seorangpun datang bertanya khabar, sebaliknya masing-masing menjauhkan diri kerana menganggap penderitaan saya membebankan mereka.


“Sebab itu, saya lebih rela tinggal di wad berbanding di luar kerana makan minum dan pakaian terjaga tanpa menyusahkan anak,” katanya.


Katanya, dia menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200, tetapi jumlah itu hanya mampu menampung perbelanjaan makan dua minggu.


“Semua harga barang mahal menyebabkan saya berjimat tambahan penyakit dialami tidak mengizinkan saya mengikat perut,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dibuangisteri_5anak/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan