Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 23 Januari 2011

Ceramah pada pokok...

Tahun 2011 genap 28 tahun aku menjadi penceramah di merata tempat. Pahit manis perjuangan sebagai daie telah ku lalui dengan tabah dan sedikit sebanyak telah mematangkan aku untuk menjadi ansorullah di bumi yg fana ini.

Satu peristiwa yg mungkin tak akan dilupa sepanjang hayatku bila aku dijemput bagi ceramah israk mikraj di suatu tempat nun di seberang laut Cina Selatan. Aku diundang oleh sahabat baik ku dan majlis diadakan di rumahnya mengadap satu kawasan lapang di hadapan rumahnya yang dikelilingi pokok-pokok. Kehadiranku disambut mesra oleh ahli rumah siap dengan pentas dan microphon telah tersedia tetapi orang tak dak. Oleh kerana agak lewat aku minta izin untuk berceramah walaupun hanya pokok-pokok berada di hadapan.

Dalam kotak fikiranku membayangkan pokok-pokok itu adalah seperti manusia, lalu aku berceramah spt mana biasa. Rupanya dibalik pokok-pokok itu ada manusia sekali-sekala menjengolkan wajah bila aku pandang mereka menyorok balik. Tu dia...punya takut nak dengar ceramah.

18 tahun berlalu dengar khabarnya tempat itu sudah ada sekolah agama, kelas tahfiz Al-Quran dan masjidnya hidup dengan pengajian. Insyaallah aku dijemput sekali lagi untuk ke sana mungkin pertengahan atau penghujung tahun ini aku akan terbang ke sana untuk mengimbau kembali kenangan manis berceramah pada pokok.

Apa yang aku singkapkan ini adalah untuk mengingatkan teman-teman seperjuangan yang mengajar di masjid atau surau bahawa Allah boleh merubah sesuatu tempat yang tidak subur dengan Islam boleh jadi sebaliknya dengan izin Allah swt. Jangan putus asa kerana dalam 2 minggu lepas ada keluhan dari seorang ustaz yang jamaah pengajiannya semakin berkurangan lalu keluarlah kata-kata. " kalau dah tinggal 5 orang sahaja nak mengaji saya akan berhenti mengajar di masjid ini." Sedih aku dengar keluhan ini...sabar aje lah ustaz.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan