Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 5 Januari 2011

Kata akal…kata hati….kata iman

Bayangkan sekiranya terjumpa dompet duit tercicir dijalanan kata siapa yang perlu diikut...

Kata Akal
Kalau ambik, tak dak sapa pun tahu, bolehlah bayar bil letrik,bil air dan bil astro. Selamat duit gaji aku bulan nie.."
kata Hati...
"Kesian jugak kalau yg tercicir duit nie orang susah. Jenuh kumpul 300 ringgit..tup...tup hilang. Entah-entah dia nak beli susu anak kut..?
Kata Iman
Kalau aku ambil kan berdosa..sia-sia sembahyang aku. Duit nie mesti dipulangkan pada yg empunya. Ganjaran Allah lebih besar dari nilai 300 ringgit"

Bayangkan kita dijemput ke majlis keramaian..kata siapa yang perlu diikut....

Kata Akal
Tak kan nak pakai tudung labuh kut ..nanti orang kata out of date. Mestilah pakai ikut peredaran zaman. Tudung mesti ada manik-manik, lip..lap, lip...lap biar silau mata orang memandang.
Kata hati
Nanti apa pulak orang kata, dah bercucu dressing mengalahkan anak dara.
Kata Iman
"Jangan dok tunjuk-tunjuk sangat..nanti kena penyakit riak atau ujub tak pasai-pasai dapat dosa"

Bayangkan ketika dijamu dengan hidangan makanan yang lazat.
Kata akal
Kalau macam nie rasanya aku boleh melantak sampai 3 pinggan sekali hadap
Kata Hati
Teringin nak makan banyak tapi doktor dah pesan jangan makan banyak,kolestrol dah tinggi ada ghout pulak tu.. Jaga kesihatan.
kata Iman
Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang jika nak kuat ibadah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan