Sebab itu jangan taksub sangat pada cinta sebab semua itu hanya pinjaman. Isteri atau suami yang dicintai bilamasa sahaja boleh diambil oleh Pemiliknya yakni Allah swt,,begitu juga anak-anak.
Cinta Hakiki adalah mencintai Allah. Orang yang mencintai Allah hidupnya dipenuihi rahmat dan keberkatan. Cintailah makhluk kerana Allah.
LONDON: Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason memberitahu kekecewaan ditinggalkan kekasih mendorong nafsu makannya menjadi-jadi hinggakan berat badannya mencecah 444 kilogram.
Mason, 50, tidak berhenti makan 24 jam sehari semata-mata untuk memulihkan hatinya yang terluka. Menjelang 2009 keadaan tubuhnya menjadi terlalu gemuk sehinggakan dia tidak dapat berjalan.
Akhbar ketika itu mendedahkan bagaimana dia memerlukan pembedahan bagi mengurangkan makanan yang diambil jika dia mahu terus hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan