Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 3 Januari 2011

Di sebalik Penderitaan.....

Ada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu kepada ibunya kerana sebutir pasir yang tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembek.

“Anakku…”kata ibunya sambil bercucuran air mata..

“Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang sebuah tanganpun, sehingga ibu tak mampu menolongmu. Aku tahu anakku, ia sangat sakit, tetapi terimalah itu sebagai takdir alam.”

” Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan pedih yang
menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu.”

“Hanya itu yang boleh kau buat..” kata ibunya dengan sendu dan lembut. Anak kerang pun melakukan nasihat
ibunya.

Ia berhasil, tetapi rasa sakit bukan kepalang. Kadang-kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat
ibunya.

Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai
terbentuk dalam dagingnya.

Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar.
Rasa sakit menjadi terasa biasa. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, berkilat dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.

Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai
hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai
kerang rebus di pinggir jalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan