Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 22 Januari 2011

Islam suruh potong tangan bukan bunuh...


Bahtera Redha itulah mauduk yang saya baca dalam kitab "Qawaribul Najat Fil hayah - Fathi Yakan. Saya ditanya apakah boleh redho kalau buah sawit saya dicuri orang. 4 ekar habis buah sawit masak disapu pencuri. "Saya tak redho ustaz...inilah hasil anak bini saya nak makan"

"Sebab itu Islam suruh laksanakan hudud...Saya sendiri tak redho kalau hak saya diceroboh. Sistem yang ada sekarang tak akan dapat selesaikan masaalah. Bila getah mahal...sawit mahal jenayah kecurian mula meningkat. Kebun saya sendiri tak lepas dari diceroboh beberapa tandan sawit hilang, pelepah dibiarkan terjuntai...heee sakit hati sungguh." Saya beri sedikit penjelasan nampaknya dia faham dan angguk-angguk kepala.

Justeru kerana enggan melaksanakan hukum Islam inilah yang berlaku seperti paparan berita di bawah ini. Islam hanya suruh potong tangan bukannya bunuh. Itupun masih ada yang kata hukum Islam kejam, zalim dan tak sesuai. dan amat malang lagi masih ramai yang tak nak sokong untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi Allah ini.

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki maut dipercayai dipukul orang awam selepas dituduh mencuri getah beku dalam kejadian di Kampung Bakat Hilir di sini, kira-kira 12 tengah hari, semalam.



Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, menerima laporan dari orang awam mengenai seorang lelaki cedera parah dan anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa, Mohd Saupi Mohamad, 38, ditemui orang awam dalam keadaan separuh sedar di sebuah kawasan tanah lapang dipercayai dalam percubaan melarikan diri dari Kampung Gual Meso, kira-kira 12 kilometer dari tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Gual Tok Deh ini kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk menerima rawatan kerana mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Ketika anggota sampai di tempat kejadian, mangsa dalam keadaan separuh sedar dan pada jam 2.45 mangsa disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke unit forensik hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat dan mendapati terdapat tiga kesan pukul belakang kepala,” katanya.


So...kenyataan yg dikeluarkan oleh MB Johor ini boleh dinilai bersama. Fikirkanlah siapakah yang buat hukum ini...Allah atau manusia???

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”
Terjemahan:

"Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan