Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 29 Januari 2011

Hoi Ustaz ...Nak kena cangkul kaa???

Dah jadi kebiasaan bagi ibubapa, apabila dah tak dapat mengawal tingkahlaku anak-anak maka anak-anak itu akan dihantar ke sekolah agama atau sekolah tahfiz. Saya sering mendengar keluhan dari ustaz-ustaz yg mengajar di sekolah agama rakyat atau tahfiz mengenai karenah anak-anak nakal ini. Kalaulah anak itu cemerlang dalam akademik sorylah nak hantar sekolah agama tapi yang kaki gaduh, kuat memberontak akademik lemah maka sekolah agamalah jadi taruhan. Yang terbeban siapa ?? Ustaz ustazah yg mengajar... mereka juga ada perasaan, setakat mana mereka boleh bersabar. Apa yang dipaparkan dalam satu berita akhbar adalah sebahagian kecil dari fenomena yang berlaku di dekolah agama atau sekolah tahfiz

AMPANG: Seorang bekas pelajar tahfiz mengamuk dan mengacukan cangkul kepada seorang ustaz selain mengugut akan membelasahnya di sebuah sekolah pondok di Kampung Kemensah, di sini.

Pelajar berusia 15 tahun terbabit sudah berhenti belajar di sekolah pondok itu selepas dikatakan tidak bersetuju dan enggan mengikut peraturan ditetapkan di sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam 26 Julai lalu, pelajar itu yang berseorangan masuk ke kawasan sekolah sebelum bertemu dengan ustaz terbabit.

Sambil memegang cangkul, pelajar itu menggertak ustaz berkenaan dengan mengatakan mangsa bernasib baik kerana berada dalam kawasan sekolah.

Bagaimanapun, ustaz berkenaan hanya bersabar serta berdiam diri ketika mendengar ugutan bekas pelajarnya itu kerana tidak mahu remaja terbabit bertindak luar kawalan, katanya.

Menurutnya, selepas puas mengugut dan juga memaki hamun ustaz terbabit, bekas pelajar itu beredar namun keesokannya datang semula ke sekolah itu kira-kira jam 2 petang.

Kali ini, bekas pelajar itu cuba menghasut beberapa pelajar lain supaya berhenti daripada meneruskan pengajian dengan mendakwa semua tenaga pengajar tidak pandai menguruskan mereka.

Menurutnya, berikutan itu, ustaz berkenaan yang tidak berpuas hati dengan tindakan bekas pelajarnya yang mengugut dan cuba menghasut pelajar lain membuat satu laporan polis.

Susulan itu, remaja berusia 15 tahun terbabit ditahan keesokannya dan dia dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil, katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja terbabit sebenarnya mempunyai masalah disiplin dan dia enggan mengikut peraturan sekolah yang sudah ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan