Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 6 Januari 2011

Mangkuk Ayun sungguh...

Saja nak cerita kat hangpa kisah 3 orang mangkuk ayun. Depa nie jenis tak duduk diam. Melepak sana sini,merempit tah apa-apa lagi kerja lagha yang depa buat.

Suatu hari Pak imam panggil depa dengan tujuan nak tarbiah kut-kut boleh jadi anak muda yang baik. Pak Imam tau salah satu uslub dakwah pada anak muda adalah dengan mencabar mereka. Pak Imam cabar mereka ke surau solat maghrib nak tengok lagu mana depa sembahyang, reti ka tak reti.

"Pak Imam jangan cabar kami...loklag-loklag kami setakat sembahyang tu mudah je..kami ni tak lah jahil sangat seperti yang disangkakan" Confiden je Si Ali menyambut cabaran Pak Imam.

Masuk maghrib seprti yang dijanjikan 3 anak muda ni sampai ke surau. Pak Imam tepuk bahu Ali suruh azan. Ali tanpa berlengah-lengah terus ke microfon melaungkan azan tapi dengar sebijik macam takbir raya. Cepat-cepat Pak Imam matikan microfon maka terserlahlah kejahilan si Ali.

Ketika solat Pak Imam angkat takbiratul ihram. Bukan sekali...dua kali masuk tiga kali (dah jadi kebiasaan pak Imam begitu) bahunya ditepuk oleh si Leman. "Payah sangat pak Imam nak bertakbir biar saya pulak jadi Imam. Pak Imam berundur ke belakang. Leman jadi imam sekali angkat takbir "Allahuakbar" tangan didakap kemas di bawah dada dan diikuti oleh Pak Imam dan makmum yang lain. Tiba-tiba Si leman mangkuk ayun ni menoleh ke belakang 'Tengok Pak Imam sekali je..kan senang" Apa lagi Pak Imam tarik tangan si Leman ke belakang seraya berkata "Kepala hotak hang... sembahyang mana boleh bercakap..habis semua batal. Nie la orang pandai cakap tapi bodo..!" Sergah Pak Imam.

Mamat mangkuk ayun tawarkan diri jadi Imam. Pak Imam awal-awal lagi dah warning 'jangan main-main macam dua ekok mangkuk ayun tuu...tak pasai-pasai nanti hangpa semua kena pelempang dengan aku'

Mamat nie orang kareoke. suara pun sedap. Bila baca fatihah termasuk surah boleh tahan juga suara sedap di dengar gemersik. Sehingga selesai salam siap dengan wirid sekali. Pak Imam pegang erat tangan si Mamat nie, "Ini baru anak muda hebat...Insyaallah bakal jadi imam muda.." Sambil senyum simpul Pak Imam berkata, begitu juga makmum-makmum yang lain pakat angguk-angguk kepala.

Dasar mangkuk ayun selamba je jawab balik. "Tuu sembahyang tadi belum lagi ambik wuduk Pak Imam. Kalau ambik Wuduk tentu lebih dahsyat lagi aku sembahyang..."

Pak Imam terkebil-kebil bijik mata dalam hati berkata "Aku tak pernah jumpa spesis mangkuk ayun lagu nie"

Sabda Nabi antara maksudnya "Antara tanda-tanda akhir zaman kamu akan temui orang yang beribadat tetapi jahil"

.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan