Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 21 Januari 2011

20 tahun pekak dan bisu...kini boleh bercakap dan mendengar

Ali bin Abd Rahman, 42 dari negara Somalia yang dahulunya mengalami kemalangan sehingga menyebabkan matanya kabur, mulutnya tidak mampu bercakap dan pendengarannya tidak berfungsi. Berbagai usaha untuk merawat musibah yang dialaminya tidak berjaya, walaupun telah menemui doktor pakar.

Kini segala-galanya kembali pulih setelah berdoa kepada Allah SWT dan meminum Air Zamzam serta melakukan haji, dengan Izin Allah SWT.
Oleh kerana terlalu gembira sahabat handainya telah memanggil wartawan saudi untuk membuat liputan.

Setelah selesai melakukan haji dan meminum air zamzam dia terkejut kerana dapat mendengar suara azan dan dan bertutur dengan jelas. Betapa benarnya Agama Islam dan Janji Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan