Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 25 Januari 2011

Gelama bongkok @ tamban tergeliat pun sodap

Mungkin apa yg saya rasa sama seperti orang lain.Kenapa masakkan ibu sangat sedap sehingga kita merindui masakannya. Begitu juga isteri yang memasak walaupun nampak simple tetapi berselera kita memakannya.

Sebabnya kerana mereka memasak bukan kerana tanggungjawab semata-mata tetapi penuh keikhlasan dan kasih sayang. Air tangan ibu dan air tangan isteri itulah lambang kasih sayang sehingga kita merindui masakan mereka.

Pernah saya bertanya pada rakan setugas yang sebok memilih lauk pauk di kantin." saya jarang masak ustaz...lauk semuanya saya beli, lambat...buang masa, nak masak ni renyah...leceh, baik beli saja.. masak nasi sudah..." Saya tanya lagi "Suami tak komen apa-apa ke...?""Tak lah ustaz suami saya ni sempoi kadangkala dia suka makan kat luar dari di rumah."

Saya terfikir kenapa akhir-akhir ini kadar perceraian di kalangan suami isteri muda terlalu tinggi. Orang tua-tua dulu tak bercinta pun tapi berkekalan hingga akhir hayat. saya rasa ini salah satu sebab kut di samping pegangan agama yang kuat.

Bagi saya makan di kedai atau restoren sedap macam mana lauknya cukup sepinggan tak teringin nak menambah. tetapi kalau di rumah ikan goreng gelama bongkok atau tamban tegeliat + sayur masak lemak labu ada lagi sambal belacan fulamak memang sedap mau dua tiga pinggan. Sama ada setuju atau tidak bagi isteri yg berkerjaya carilah masa untuk belajar memasak untuk suami dan anak-anak insyaallah bahagia dan berkat rumahtangga

2 ulasan: