Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 13 Januari 2011

Susahnya nak melayan karenah isteri....part 2

Kisah 1
Suami telefon
"Ayang...abang kat kedai mamak ni... ayang nak pesan apa-apa ke?

Isteri jawab
Tak maulah bang, saya sedang diet

Bila suami sampai ker rumah, tangan kosong tak beli apa-apa...Isteri tarik muka 14, moncong macam concorot merajuk le tuu... pastu lari tido kat bilik sebelah.

Bila suami query balik,
"apasal merajuk ni yang, tadi awak yang tak mahu pesan apa-apa...nak diet badan"

Isteri jawab
"Memanglah orang tak mau apa-apa...tapi belikan jerla apa-apa...kalau abang beli apa-apa...kita makan jerr.."

Susahnya...beli apa-apa tuu apa bendanya..susahnya nak melayan karenah isteri

Kisah 2
Suami telefon
"Ayang...petang nie awak nak masak apa..?

Isteri jawap
'Alaa... hari hari kena masak, penatlah bang...? Balik kerja abang pergi kedai mamak makan siap-siaplah.

Suamipun balik kerja singgah kedai mamak. Tibai nasik beriani kari kambing...baiek punya..
Sampai ke rumah, sendawa bau kari kambing..Tiba-tiba isteri jerit panggil makanan dah siap. Tengok-tengok fulamak siap masak sambal tumis petai, sama sup ayam, telur bistik,keli bakar dengan ulam geduak sambal tempoyak lagi. Jom makan... apa tengok-tengok...?"

Si suami terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja sedangkan perut dah senak, penuh dengan beriyani kambing.

Merajuk lagii.....
lari tido bilik sebelah lagi...!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan