Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 25 Januari 2011

Hukum Berhias Bagi Kaum Perempuan


Islam mengharuskan kaum perempuan berhias bagi meraikan fitrah manusia. Sebagai contoh, Islam mengharuskan perempuan berhias memakai sutera dan emas asalkan tidak berlebihan dan bukan untuk bermegah-megah atau selama mana ianya tidak bertentangan dengan syara‘ seperti berhias sehingga mendatangkan fitnah atau menimbulkan keghairahan lelaki.

Dalam kitab al-Majmu‘, Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan: “Jika seorang perempuan itu mempunyai suami, disunatkan baginya berinai pada semua masa, kerana berinai itu adalah hiasan dan kecantikan, dan dia (perempuan yang bersuami) disunatkan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya sepanjang masa”. Dari penjelasan tersebut, maka tidaklah dilarang perempuan bersuami berinai bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya malahan ianya adalah sunat.

Adapun bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami adalah makruh berinai kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah kepada dirinya atau kepada orang lain. Ini turut dijelaskan oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah: “Jika seorang perempuan itu tidak mempunyai suami dan dia bukan hendak berihram, adalah makruh baginya berinai tanpa ada sebab keuzuran kerana ditakuti akan berlaku fitnah ke atasnya dengan sebab inai dan berlaku fitnah ke atas orang lain dengan sebab dia berinai itu”

Tetapi hukum makruh akan bertukar menjadi haram bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami sekiranya dengan bergincu itu boleh menimbulkan fitnah, seperti boleh menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga bagi perempuan yang bersuami jika memakai gincu tanpa keizinan suami, hukumnya adalah haram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan