Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 13 Januari 2011

Susahnya nak melayan karenah isteri...Part 1

"Abang ni kalau duduk rumah asyik nak sepah rumah ajelah. Saya ni penat tau tak? nak kemas rumah semedang. Bagus jugak kalau abang keluar pergi mancing ke... Pergi clubbing ke, pergilah saya nak dok rilex-relex dengan anak-anak ni...

Suami punyalah seronok. Dan-dan bangun, pi tukar baju, capai telefon, capai kunci kereta...
Bila dah siap, keluar je dari bilik, tengok anak bini dah siap pakai baju lawa-lawa. "Bang ...saya dan anak-anak ikut boleh???

Suami ; ??????

Kisah 2
Abang hujung minggu ini balik kampung tak? Abang keja lah yang..."Abang hantar saya dan anak-anak pastu abang balik la KL "

Lepas dah hantar anak bini balik kampung yg jarak 480km esoknya suami pun start kereta nak pegi kerja, tiba-tiba isteri telefon
Abang bila pula nak ambil kita orang . Hari ni leh??

Suami; ??/?
----------------------------------------------------------------

Abang ni asyik tengok tv jer dari semalam tau
Abang tak kesian ke kat isteri abang nie?" Tengok ni dah mengelupas kulit jari asyik basuh kain je...Abang tolonglah lipatkan kain yang berlonggok dalam bilik kita tuu"

Suami pun dengan wajah selamba masuk bilik untuk tolong lipatkan kain,Sapa tak sayang bini hoi.!!!Bila isteri masuk bilik ingat-ingat nak ucap terimaksih kerana tolong lipat kain..tup..tup dah kena sembur....
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------

Nah ambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
Saya nak mandikan anak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? tanya suami..
Ishh abang ni..... kan baju anak ada 8 bakul tu... pakaikan jerlah baju mana-mana pun... bukan ada org nk tengok pun...
Bila si isteri tengok, anak dah siap pakai baju....
"Ya Allah apa fesyen baju abang bagi pakai kat budak ni..seluar kuning baju merah macam pakaian tok sami aku tengok...buat malu je"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan