Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 2 Ogos 2010

Saja Nak Sembang-Sembang


Malam ini (isnin)Alhamdulillah Allah masih memberi kekuatan kepada saya untuk mengajar kitab Penawar Bagi Hati(kuliah maghrib)di Surau Air Putih.Selepas solat isya' ada jamuan ringan martabak pisang dan dua tiga macam kuih lagi.Kemudian disambung dengan muzakarah ilmu berlanjutan hingga jam 10.45malam.
Ketika nak balik ke rumah seorang sahabat menghampiri saya dan berbisik "Hai.. sekarang ustaz dah jadi penulis blog... blooger, ada masa ke ustaz?
"Kalau nak kira masa memang tak cukup,tapi pandai-pandailah atur masa"Itu saja yang mampu saya jawab.
Zaman persekolahan dulu memang saya agak suka menulis dan hantar pada majalah,makalah dan akhbar. Adalah juga keluar dua tiga kali dalam Akhbar Bacaria terbitan krangkraf. Dulu pakai nama samaran. Keluar artikel dapatlah langganan majalah free selama setahun dan sedikit saguhati. Saya suka masuk ruangan Forum pelajar, masa tu memang tak ada bakat langsung untuk berpidato bersyarah seperti sekarang. Seronoknya jadi penulis ni kita ada peminat, surat selalu sampai nak buat adik angkatlah dan macam-macam lagi. Rupanya jiwa penulis agak unik ia tak suka dikenali dan kadangkala pembawaan diri agak pelik. Tengoklah antaranya A.Samad Said dan beberapa orang lagi. Ada di antara mereka suka menyendiri.. barangkali itulah sumber ilham untuk bahan penulisan mereka.
Mengenai bahan penulisan biarlah mesej yang disampaikan sesuai dengan ruang lingkup agama. Jangan kita menulis sesuatu yang boleh melalaikan manusia,untuk berhibur sahaja lebih-lebih lagi perkara yang boleh menjerumuskan diri kepada maksiat atau pun menghampiri maksiat. Ia bakal menjadi maksiat jariah bukan amal jariah. Maksud maksiat jariah ialah ia kekal walaupun kita sudah mati. Bahan-bahan kita samaada dalam blog atau facebook akan di simpan di Maya dan akan terus dilayari meskipun kita sudah mati. Justru itu berhati-hatilah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan