Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 17 Julai 2012

Bandingan aku dengan guru agama pondok tradisional


Semenjak ibuku ambil keputusan menetap di pondok Darul Umumi, kerap jugaklah aku menziarahi nya. Alhamdulillah...ibu melahirkan rasa keseronokkan kerana dapat menambah ilmu di usia senja. Sebagai guru agama aku dibayar gaji setiap bulan. Sebagai guru pondok rata-rata mereka di bayar gaji empat lima ratus sebulan selebihnya bergantung kepada envelope surat yang orang hulur waktu dok pi bagi kuliah merata masjid dan surau.


Dulu aku segan juga nak terima envelope surat berisi wang kerana aku berkerjaya dan bergaji tetap tetapi bila melihat rieksi ajk masjid/surau agak kecewa bila aku tolak pemberian mereka lalu aku ambik keputusan untuk terima sajalah dan duit itu aku laburkan untuk beli kitab-kitab dan buku-buku agama sebagai bahan rujukan. Kadangkala ada jugak suara-suara sinis melawak dengan aku "Ustaz kita ni orang kaya...duit banyak, mengajar pun dapat income ribu-ribu" Aku hanya senyum...depa tak tau duit banyak ke duit sikit ke ...sama saja yang penting berkat dan tidak menjadikan kita megah dengan kekayaan yang dimiliki.


Berbalik kepada kisah ustaz pondok yang bergaji kecil namun kita lihat kehidupan mereka yang qanaah itu penuh dengan keberkatan. Itulah yang aku cemburui selama ini. Mereka terus memberi ilmu tidak mengira waktu kepada anak-anak murid yang begitu setia menadah kitab tua. Apa yang penting ialah untuk mempastikan sistem Pondok sistem pendidikan secara Islam yang berakar umbi dari Masjid Nabawi di zaman Rasulullah SAW terus hidup subur ke akhir zaman. Guru-guru pondok meletakkan diri mereka sebagai Khuwaidin (Khadam/Hamba) yang TAKDIR hidup mereka adalah untuk menjadi HAMBA kepada Pondok ini. Hari-hari dok fikir macam mana nak pastikan Pondok terus hidup dan anak-anak murid kat situ dapat terus menadah ilmu sehingga khatam dan menjadi insan-insan kamil yang bertakwa. Itu saja matlamat depa, selain dari itu depa tak fikir apa-apa dah. 

Secebis kisah yang berlaku pada suatu  kursus Haji  seorang ustaz bagi kuliah haji. Ustaz ini kata, barangsiapa yang ada kemampuan nak pi HAJI tapi dia tak ada cita-cita nak pi buat HAJI, maka mati dia adalah mati dalam keadaan JAHILIAH. Betoi ka Ustaz?” Tanya seorang makcik kepada seorang ustaz pondok yang dipanggil ustaz Lias.

Ustaz Lias jawab: “Betoi la, awatnya?”

Makcik itu jadi terkejut, dia kata dia ada duit berlambak-lambak tapi tak terfikir lagi nak pi buat Haji. Maka tahun itu juga, Makcik ini dengan anak-anak, suami dan kaum keluarga dia, depa pi Mekah ambik Haji ikut pakej.

Bila balik dari Haji, Makcik ini talipon Ustaz Lias lagi, dia kata: “Ustaz, best sungguh pi Mekah ini Ustaz, pi sekali rasa macam nak pi sekali lagi. Ustaz tak teringin nak pi ambik Haji ka Ustaz?”

Ustaz Lias jawab: “Teringin, siapa tak teringin, tapi bekalan (RM) tak cukup”
(Ustaz Lias habag kat kami, dia cuma ada RM15 aje dalam buku Tabung Haji dia waktu tu)

Makcik tu kata, tak apa, nah ambik RM1000 dulu Ustaz pi register dengan Tabung Haji. Diringkas cerita, tahun itu dua-dua orang Ustaz Lias dan Ustaz Ismail dapat pi ambik Haji – Makcik itu sponsor, guna pakej RM25,000 seorang. Kata Ustaz Lias, kalau ikut logik akal, dengan cuma berbekalkan RM15 dalam buku Tabung Haji itu, tak logik aih boleh pi Mekah ambik Haji.

Sesungguhnya apa yang berlaku ini adalah balasan cash dari Tuhan di atas dunia ini lagi di atas keikhlasan membantu di Jalan Tuhan; seperti kata orang alim, kalau kita ikhlas membantu di Jalan Tuhan, insyaallah Tuhan akan membantu kita dari sumber rezeki yang tak disangka-sangka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan