Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 2 Ogos 2010

Prinsip...Prinsip..Prinsip



Ada orang tak dapat memahami antara prinsip dan bukan prinsip. Prinsip adalah satu pegangan yang dipegang oleh seseorang. Seorang muslim ia mesti berpegang kepada prinsip Islam. Prinsip Islam tentunya akidah sohehah. Adakah seseorang itu jatuh prinsip akidahnya jika tak pakai songkok,ketayab, berkod,bertali leher dan sebagainya. Itu bukan prinsip namanya,As-Syahid Hassan Al-Bana dengan baju kot dan tali lehernya masuk ke kasino bukan untuk berjudi tetapi untuk dakwah sehingga kasino tempat perjudian itu ditutup dan digantikan dgn pusat pengajian ilmu. Memang ada suara-suara sinis kedengaran "Hai tak kenal ustaz... macam orang muda nampak ?Dalam keadaan kita tidak berjubah beserban. Serban jubah pakaian Rasulullah dan sunnah kita memakainya, tetapi tidak berdosa jika tidak memakainya, inilah yang saya katakan pakaian BUKAN PRINSIP. Prinsipnya adalah menjaga aurat. Kalau ustaz atau siapa saja main bola pakai seluar pendek terkinja-kinja menari di pentas Bergurau senda dengan perempuan yang bukan mahram secara melampau sehingga hilang izzah selaku ustaz barulah menggadai prinsip namanya Fahamlah sikit Ni bukannya marah cuma nasihatt(spt kata P.Ramlee)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan